Laman

Jumaat, 23 Disember 2011

Kalam Pengarah HISBAH PKPMI CA 2011

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur dan puji ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya, kita masih lagi dapat hidup di dunia dengan kenikmatan yang diberikan-Nya. Selawat dan salam di rafa'kan kepada Nabi junjungan mulia, Muhammad SAW, dan juga keatas keluarga dan sahabat-sahabat beliau. Sesungguhnya, beliau telah banyak berjasa kepada umat manusia dalam memperbaiki akhlak manusia dan menjadi contoh tauladan yang baik bagi seluruh kehidupan manusia.

Sesungguhnya, Allah SWT telah berfirman:
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat (berbuat) yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka adalah orang yang yang berjaya ". Surah Ali 'Imran, ayat 104.
Melihat dari perspektif ayat tersebut, kita selaku umat Islam yang beri gelaran "khaira ummah" apatah lagi kita sebagai mahasiswa/i Islam yang belajar pengajian Islam mestilah bersama-sama melaksanakan tuntutan ini. Apalah ilmu yang dipelajari sekiranya hal ini tidak menjadi sesuatu yang di anggap penting dalam menjadikan umat ini sebagai umat yang terbaik dalam melaksanakan tuntutan ini. Sesungguhnya ilmu tanpa amal adalah sia-sia, tiada manfaatnya.

Justeru, selaku pihak yang ditaklifkan untuk melaksanakan perintah tersebut, pihak Unit HISBAH PKPMI CA menyeru kepada seluruh mahasiswa/i tidak kira latar belakang, marilah kita bersama-sama mengamal dan melaksanakan tuntutan ini sebagaimana firman Allah SWT:
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh yang ma’ruf dan melarang yang mungkar, dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah: 71)
Ingin saya mempertegaskan hal ini bahawa sesungguhnya hal ini merupakan perintah dari Allah SWT, bukanlah kehendak hawa nafsu sendiri. Apabila menyangkut tentang perintah Allah SWT, maka hal ini hukumnya wajib bagi orang yang diberikan kepercayaan (taklifan atau amanah) untuk melaksanakan tuntutan ini. Sekiranya ada usaha untuk menghalang, maka mereka itulah yang disebutkan oleh Allah SWT sebagai orang yang munafik. Firman Allah SWT:
"Orang-orang yang munafik, baik lelaki mahupun perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengah yang lain, mereka masing-masing menyuruh yang mungkar dan mencegah yang makruf,  dan mereka pula telah menggenggam tangannya (bakhil dan kedekut). Mereka telah melupakan Allah (tidak menghiraukan perintah-Nya) dan Allah juga melupakan mereka,Sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang fasik. (At-Taubah: 67)
Dan sebelum menutup kalam ini, ingin saya mengingatkan bahawa tuntutan ini bukanlah terletak di bahu pimpinan sahaja, tetapi ianya merupakan tanggungjawab setiap umat Islam, tanggungjawab seorang mukmin. Sesiapa saja berhak menegur kesalahan orang lain jika mereka melakukan kemungkaran. 

Justeru, marilah kita bersama-sama memperbaiki diri dan bersama-sama dalam melaksanakan tuntutan ini bagi mencapai status "khaira ummah" yang telah Allah berikan. Sesungguhnya redha Allah-lah yang sentiasa bersama hamba-hambanya adalam melaksanakan misi ini.Marilah bersama-sama kita merealisasikannya.

AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin
Pengarah Unit Hisbah
merangkap
Timbalan Yang Di Pertua,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia
Cawangan Aceh